Monday, June 11, 2012

Adat hubungan ~ perasaan berintikan cemburu

Salam Sejahtera & Salam Pertemuan Kembali,

Mungkin ada yang menyedari nukilan ku ini atau ada juga yang mungkin langsung tidak mengetahui kewujudan ku di dalam alam maya visualisasi atas dasar globalisasi yang telah kita kecapi pada hari nie.. (skema siot ayat aku...)

Setelah sekian lama aku tidak meng'update' blog nie, entah kenapa hari nie tiba2 terlintas di benak fikiran ku untuk mencoretkan sesuatu di laman sosial peribadi milikku ini...

Mungkin sekadar luahan perasaan dan perkongsian... Berbicara di alam maya...

... adalah lebih baik daripada kita memiliki seseorang yang istimewa yang kita harapkan dapat berkongsi segala rasa bersama dia, tapi apakan daya bila setiap kali kita bicara, dia memahami tapi tidak mahu mendalami.. Setiap kali kita meluahkan rasa, dia mendengar tapi tidak mhu mengerti... hurmm... Apakah dia istimewa dalam bab nie???? Adakah dia pasangan yang kita cari selama nie??? Rasa sakit hati tak bila berlaku keadaan macam nie??

Bicara di alam maya, sekurang-kurangnya kita tak perlu bersakit hati kalau dia masih berdiam seribu bahasa kerana kita memang tahu yang di alam maya nie bukan ada seorang yang menjaga dan bleh berbicara dengan kita... Tapi apabila kita mencoret di dalam laman peribadi nie, kita tak perlu bertekak, bergaduh dan bertegang urat dengan si dia bila kita luahkan something yang tak puas hati dan dia pula tak nak dengar.. Tak nak dengar tu satu hal tapi kalau dia dah habis pusing 360 darjah tu sampai benda tu dah jadi salah kita... hurm.... better sembang ngan tunggul....

Bila sudah perasaan si dia berintikan cemburu yang tebal, adalah lebih baik kita berdiam diri.. Diam lebih baik~

Tetibe aku teringat lagu nie.... Teruskanlah- Agnes Monica... hurmmm..... sedap lagu nie.......



Apa-apa pun, adalah menjadi doa setiap insan yang bergelar manusia, semoga jodoh yang ada ketika ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat... Kerna ku cinta dia & ku sayang dia....
Amin ya rabbal al amin~

No comments:

Post a Comment