Monday, February 14, 2011

Suatu hari kau pasti meninggalkanku~

Pastinya kau sedari mengapa ku cuba menghindar darimu sejak kebelakangan ini.. 
Bukan niatku untuk berpaling darimu... 
Tapi ku pasti suatu hari nanti kau yang akan meninggalkanku, lantas melupakanku...
Membuangku dari lembaran sejarah hidupmu...

Daripada ku terus memperhambakan diri pada sebuah perhubungan bersamamu,
daripada ku terus mendambakan kebahagiaan berkekalan antara kita...
Biarkan ku mengundur diri~

Daripada hari ini hatiku terus bertemali berterusan menyimpan perasaan terhadapmu,
daripada hari esok, jiwaku bakal terseksa dengan perbuatanmu, 
Biarkan hubungan kita berakhir hari ini, detik ini, saat ini...

Kerna, kuyakin suatu hari nanti kau yang akan meninggalkanku..
daripada biarkan detik itu berlaku, izinkan aku untuk melepaskanmu
Mencipta angan cintamu yang sendiri,
membina mahligai bahagia yang kau ingini...

Tak apa, kalau kau mengkhianati kepercayaan yang ku serahkan padamu selama ini, 
Tetapi jangan kau pernah mendambakan kebahagiaan yang lebih dari sepatutnya kau miliki..
Ingatlah, tiada dendam yang kupaterikan sedetik ketika ini berlalu...

Potretkanlah kenangan kita bersama dalam bingkai kisah hidupmu,
Ingatlah bahawa suatu masa lalu kau pernah menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah silamku...
Mungkin lebih indah jika kita begini~


~Selamat Tinggal~

1 comment: