Pada 28 Januari 2011, sebuah Majlis Makan Malam Amal telah berlangsung bagi meraikan anak2 yatim dari Rumah Gemilang (sepatutnya turut meraikan warga emas, tapi timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan).. Turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Fida (kenal x?) {ayat skema masa nie..}
Tapi bukannya nak citer pasal majlis makan malam amal tu...ingt lg ayat pengarah program masa tu "Hidup ini ibarat putaran roda. Kdg-kala kita di atas, kdg-kala kita berada di bawah. Hari ini kita senang, siapa tahu esok kita akan susah. Hari ini kita tolong orang, mana tahu esok giliran orang pula tolong kita.." Manusia nie aneh...nak buat amal bukannya ikt masa, tempat dan hari..Tapi kita tengok org2 yang nak buat amal kt bdan2 kebajikan biasanya buat masa hari raya atau musim2 perayaan...Bukankah Allah dan rasulNya menganjurkan umat2Nya agar membuat kebaikan dan kebajikan setiap masa dan bukannya hanya masa2 tertentu.. Kalau kita hanya membuat kebaikan sekali-sekala, maka tak hairanlah kalau Allah memberi pahala kepada umatNya sekali-sekala.. Baru adil! Yang paling penting, membuat kebajikan tu haruslah ikhlas, barulah pahala berlipat-ganda...Pada zaman sekarang, bukan senang nak cari manusia yg betul2 ikhlas nak beramal dan bersedekah... Kalu manusia2 kecil spt kami ini yg diharapkan membantu mereka yg memerlukan, berapa sgtlah bantuan yg mampu kami hulurkan...Apa kata sedekahkan sedikit harta2 yg anda miliki itu kpda mereka yg mengharapkan..Tafsirnya: "Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al-Baqarah : 272) Allahualam... Jadi, x nak komen pjg2, siapa yang makan cili, dialah yang terasa bohnya...
Pape pon, time kasih kpd sume pihak yg telah banyak membantu menjayakan Majlis Makan Malam Amal sama ada secara langsung dan x langsung..Paling penting, time kasih kpd sume jawatankuasa yg bersusah-payah menjayakan program ini.. Insyaallah, akan lebih banyak program2 kebajikan dan khidmat masyarakat akan dijalankan.. Diharapkan lebih ramai pihak yang berminat untuk membantu.. Hulurkan tangan, ringankan beban...
No comments:
Post a Comment