Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDURRASUL KEPADA SEMUA


Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Suatu hari kau pasti meninggalkanku~

Pastinya kau sedari mengapa ku cuba menghindar darimu sejak kebelakangan ini.. 
Bukan niatku untuk berpaling darimu... 
Tapi ku pasti suatu hari nanti kau yang akan meninggalkanku, lantas melupakanku...
Membuangku dari lembaran sejarah hidupmu...

Daripada ku terus memperhambakan diri pada sebuah perhubungan bersamamu,
daripada ku terus mendambakan kebahagiaan berkekalan antara kita...
Biarkan ku mengundur diri~

Daripada hari ini hatiku terus bertemali berterusan menyimpan perasaan terhadapmu,
daripada hari esok, jiwaku bakal terseksa dengan perbuatanmu, 
Biarkan hubungan kita berakhir hari ini, detik ini, saat ini...

Kerna, kuyakin suatu hari nanti kau yang akan meninggalkanku..
daripada biarkan detik itu berlaku, izinkan aku untuk melepaskanmu
Mencipta angan cintamu yang sendiri,
membina mahligai bahagia yang kau ingini...

Tak apa, kalau kau mengkhianati kepercayaan yang ku serahkan padamu selama ini, 
Tetapi jangan kau pernah mendambakan kebahagiaan yang lebih dari sepatutnya kau miliki..
Ingatlah, tiada dendam yang kupaterikan sedetik ketika ini berlalu...

Potretkanlah kenangan kita bersama dalam bingkai kisah hidupmu,
Ingatlah bahawa suatu masa lalu kau pernah menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah silamku...
Mungkin lebih indah jika kita begini~


~Selamat Tinggal~

Saturday, February 12, 2011

Mula belajar memakan sayur-sayuran...

Salam sejahtera semua...

Setelah beberapa hari tidak berkongsi cerita, aku mula terfikir satu perkara utk dikongsi dan aku pun mula lah meng'google'.. hehehe... dan akhirnya, inilah perkara yg ingin aku kongsikan... 

KEBAIKAN SAYUR-SAYURAN

Jika diberi pilihan antara makan sayur dan minum jus sayur, pasti ramai memilih minuman kerana rasanya yang lebih enak selepas ‘diubah suai’ dengan mencampurkan sedikit gula atau perahan buah-buahan seperti limau.

Bukan mudah memujuk kanak-kanak untuk makan sayur. Lidah mereka seolah-olah sangat sensitif pada rasa sayur-sayuran. Ada kanak-kanak meluahkan makanan hanya kerana kehadiran cebisan kecil sayur yang dianggap sebagai ‘benda asing’.

Soal kanak-kanak tidak suka makan sayur adalah perkara biasa, tetapi perkara sama juga berlaku pada ramai orang dewasa.

Orang dewasa juga ada banyak kerenah apabila disuruh makan sayur. Ada yang merasakan kebanyakan sayur terasa pahit dan ada pula tidak makan sayur berdaun hijau tetapi tetap mahu ia dimasukkan ke dalam makanan (seperti sawi di dalam mee atau nasi goreng) sekadar untuk mendapat ‘rasanya’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini bersamaan dengan lima hidangan sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan.

Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser (secara keseluruhan) dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.

Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

Jika makan sayur itu payah, antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bekalan serat harian mencukupi ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan. Namun bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah mesti dalam had yang dibenarkan supaya tidak mengganggu kawalan paras gula darah kerana semua buah-buahan mengandungi gula semula jadi.

Untuk membantu meningkatkan pengambilan serat pada kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak suka makan sayur, anda boleh menyediakan jus buah (yang diproses seluruhnya tanpa diasingkan seratnya).

Beberapa kajian mendapati jus buah membantu melindungi daripada kanser melalui mekanisme pengurangan kerosakan oksidatif akibat tindakan radikal bebas.

Malah, ada kajian menunjukkan pengambilan jus buah mampu merendahkan risiko penyakit jantung dan Alzheimer. Untuk mendapatkan kesan perlindungan ini, kita perlu minum jus buah atau sayur yang 100 peratus asli iaitu sama seperti memakan sayur atau buah itu.

Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui jus asli daripada berpuluh jenama di pasaran? Menurut Timbalan Presiden merangkap perunding nutrisi PepsiCo International, Dr Dondeena Bradley, pilih jenama yang menawarkan 100 peratus jus buah; yang mungkin hanya ditambah sedikit air dan tidak mengandungi gula tambahan.

Katanya, sebelum membeli, baca labelnya dulu. Pastikan pada label tidak ditambah bahan lain kecuali jus buah itu sendiri, sedikit air (jika ada) dan kadangkala pengawet semula jadi.

Bagaimana hendak membezakan jus buah asli dengan lain-lain jus buah? Dalam soal ini, anda perlu lihat perkataan yang tertera pada botol, sama ada minuman jus (juice beverage) yang mengandungi 35 peratus jus buah atau minuman buah-buahan (fruit beverage) yang hanya mempunyai lima peratus jus buah.

“Jus buah tulen (100 peratus) adalah makanan tambahan terbaik yang mampu memenuhi keperluan badan harian. Komiti Penasihat Garis Panduan Pemakanan 2005 Amerika Syarikat mengatakan jus buah tulen membekalkan sesetengah vitamin dan garam galian yang lebih baik berbanding memakan buah itu sendiri. Malah, kadangkala cara pemprosesan jus buah juga boleh meningkatkan paras fitonutrien.

“Segelas jus buah (240 mililiter) membekalkan cukup vitamin C dan kalium (potassium) harian dan kaya dengan folat serta fitonutrien. Ia juga bersamaan dua hidangan sayur atau buah,” katanya sempena pelancaran Jus Oren 100 Peratus Tropicana.

Jus oren tulen mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan, terutama kandungan antioksidan, vitamin dan garam galian yang membantu badan melalui pelbagai cara iaitu:

# Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

# Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

# Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

# Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.

Manfaat jus oren tulen

> Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

> Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

> Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

> Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/02/kebaikan-sayur-sayuran.html#ixzz1DlHjrxvW



Nak sihat? Nak cantik? Nak kurus? Nak kulit yg cantik? Mulalah mkn sayur-sayuran k.. Aku yakin ramai org kt luar sana yg x menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran.. Pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia =)

Sunday, February 6, 2011

Rentetan Kehidupanku untuk Hari Ini

Selamat malam kepada semua pembacaku yg setia (ada ke pembaca??? hehe~)...
Sebenarnya, aku pun x tau nak tulis apa hari nie... eheheh.. Bukan apa, memandangkan mata ini agak berat untuk menempuh jam2 berikutnya, rasanya lebih molek kalau mata ini dilelapkan.. hehe.. Tapi, kerinduanku utk mencoretkan sesuatu di kamar blogku ini mendesak agar kugagahi jua utk terjaga.. Masalahnya, aku sdri pon xtau nk tulis apa...hehehe.. (kalu merepek boleh x? hehehe)

Hari ini.. Sepatutnya aku bakal menjalani perjalanan rutin harian yg serba kekosongan dan kesunyian.. Tapi, bagaimana aku bleh trgerak hati utk kluar bersiar-siar (walaupun dlm keterpaksaan, nanti ada org merajok lg..haish~).. Jadi lebih kurg jm10.30 pagi, kitorg sampai kt KFC (ade org nk blanja..so, aku pon on jer..hehe), pastu g main bowling... (gmbr lama tu bai..hehe.. gmbr td x smpat nk amik dr kamera kwn.. Sja sbg hiasan..) Pastu, g karaoke lak..hehehe... Pastu g usha2 lak movie, kot2 la ade yg best kn..hehehe... Teringin nak tengok Khurafat dan Haq.. Macam best jer kan.. Tapi x sempat daa... Nmpk gayanya, download je lar..adoyaiii... Terakhir sekali, g teman Syafiq bli barang2 dia.. Dia g bli alat2 tulis baii.. hehehe.. (mcm nk balik sekolah jer kn...hahaha)

Jadi, tu je la aktvt yg sempat aku buat hari nie.. Bese je kan.. Nie jg la aktvt yg aku sntsa buat stiap kali aku klua.. hehehe..

 Tapi cuti masih panjang g kot... Teringin lak nak g jln2 lg.. Gigih sgt walupon tengah pokai kn.. heheheh... Nk g mandi air panas kt Ulu Legong ngan mandi2 kt The Carnival... hehehe.. Dh g dh pon sblom2 nie.. Tapi rse nk g lak lg.. Insyaallah, hrp2 dpt g mggu nie.. hehehe.. Sape nk ikot, angkat kaki! Jom!



Aduhaii... Rasenye dh byk aku merepek dh nie.. hehehe.. Nak g tdo dh nie.. Esok masih banyak keje lg daa.. Adoyaii.. So, kwn2.. Selamat malam.. Selamat bermimpi manis! hehe (",)

p/s: Nanti klu teringat aku g upload lak pic2 hari nie punyer.. hehe =)

Saturday, February 5, 2011

Ayat-ayat Cinta - Berbisik kepada siapa?

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...


Aku sendiri terfikir apakah yang membuatkan aku mula meminati lagu ini separuh jiwaku.. Bait-bait lagunya sentiasa terngiang-ngiang di corong telingaku.. Sejak akhir-akhir ini, minatku terhadap lagu nie memang berbeza sekali... Melodinya, liriknya, (dan mungkin si penyanyinya...) sentiasa menari-nari menerawang mencari ruang untuk meresap masuk ke dalam ruang kotak fikiranku.. Dalam beberapa minggu ini, ke mana saja aku pergi pasti akan terdengar lagu ini (termasuklah persembahan Fida, persembahan oleh PBS waktu Karnival 3K dsb.).. "Ayat-ayat cinta" berbisik menyentuh jiwaku, mengetuk pintu hatiku, menyapa ke ruang mindaku... Apakah maksudnya? Aku sudah melihat filemnya dan aku juga telah membaca alkisah dalam novelnya (novel genre cinta pertama yang aku beli)... 


Dan, kebetulan.. seseorang yang pernah ku sayang turut meletakkan lagu ini di 'wall' facebooknya... Tapi ku pun kurang pasti dia tujukan kepada siapa... Allahualam.. Jadi, marilah kita hayati bait dan iramanya demi menzahirkan rasa cinta kita kepada keagungan Tuhan yang maha Esa dan Pencinta yang setia... Sesungguhnya cinta padaNya lah cinta yang hakiki dan benar2 diredhai...

Friday, February 4, 2011

Sang Pemimpin dan Egois

Semenjak ada blogspot nie, aku syik nk menyinggah jer kt ruangan nie...terasa mcm best jer kan, wlaupon xda org yg tau.. Rasa seronok plak dapat coretkan apa yg kita nak dan apa yg kita rasa.. Mungkin inilah sebabnya mengapa Allah menciptakan kaum Adam nie dgn nalurinya yg suka memendam drpd meluahkan... Bijak sungguh  Dia menciptakan manusia..

Kali ini, aku ingin berkongsi sedikit dengan ilmuku yg terbatas nie... Berkisar dengan sang pemimpin & egois... Dua benda yg berbeza, dua benda yg lain maknanya.. Tapi punya kaitan yang lebih kurang sama...

Pemimpin?? Apa yg korang faham mengenai pemimpin??? Korang 'google' jer dan cari definisi pemimpin, korg jumpalah maksud pemimpin berdasarkan Ahmad Rusli, Miftha Thoha, Kartini Kartono, C.N. Cooley, Sam Walton dan bnyk lg.. Tapi bagi aku, mudah jer utk mendefinisikan pemimpin nie (berdasarkan kpda pemahaman aku la, korg leh terima @ x, terpulang k...) Pemimpin nie leh didefinisikan sebagai seseorang ketua  yang bukan hanya mampu memimpin, tetapi juga mampu dan boleh dipimpin... Maksudnya, seorang ketua tu bkn hanya mampu memberi arahan, tetapi boleh menerima arahan.. Berfikiran terbuka dalam menerima pandangan orang bawahan dan bijak membuat keputusan.. Barulah boleh menjadi pemimpin yang disenangi dan disayangi rakyatnya... Satu lagi, pemimpin nie secara mudahnya diklasifikasikan kepada pemimpin yg boleh bercakap dan buat kerja ATAUPUN pemimpin yg boleh bercakap tapi x reti2 nk buat keje.. Ha! Tu yg timbul peribahasa "cakap x serupa bikin tu"... X yah la nk amik contoh jauh2, tgok kt Malaysia nie je senang.. Mcm2 wakil rakyat nie tabur janji kt org ramai, tp hampeh.. Habuk pon x dak.. Jadi seorang pemimpin atau org2 besar nie senang giler kan, mne x nyer, keje dia g meeting je, stakat g mne2 jd wakil organisasi dia, takat bg arahan kt anak2 buah dia buat kejer.. Dia x reti sgt pon nk buat keje, tp yg paling best buat keje skit kecoh banyak..Terbaek r! Anak2 buah bersusah pyh, ketua dapat nama.. Tapi x leh gak nk buat ape, nak memang lumrahnya begitu.. Jadi, jgn jadi org kecik, jadi org besar terus..hehehe... Jadi, jika suatu hari nanti korg diberi peluang utk jadi seorang pemimpin, pemimpin yg mcm mana korg nk pilih?? Keputusan di tgn korng..

Cerita lain pula, kita beralih kepada "egois".. Kalu korg nk tau egois mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, egois nie bermaksud orang yang bersifat mementingkan diri sendiri atau menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain.. Ha~ Jadi, korg ade x sifat nie? Tapi serius la, semua org ada egois nie.. Antara lelaki dan perempuan, masing2 ada egois.. Cuma sebanyak mana egois yg ada tu je la yg membezakan antara lelaki dan perempuan... Bagi aku, egois nie perlu ada dalam diri setiap orang, cuma kita perlu mengawal dan menentukan setinggi dan serendah mana egois yg ada dalam diri kita.. Egois nie ibarat 'pitching' melodi lagu la.. Kaitannya??? Ye la... kalau kita x reti nak kawal pitch kita, hancurla lagu tu.. Kita kna reti kawal dan tentukan di bait mana seharusnya kita meletakkan nada tnggi dan nada rendah.. Kalu x, sumbang lah lagu tu alamatnya.. (chewah..mcm pengkritik AF pon ade gak).. Jadi, berbalik kepada pokok pangkal cerita sang pemimpin dan egois yg aku nak cerita td, seorang pemimpin ada egonya sendiri, malahan rakyat biasa pon x lari drpd dikejar si bayang-bayang yang bernamakan 'egois' itu... Cuma kita perlu bijak mengawal ego kita tu supaya tidak memakan diri sendiri..Bukannya kita perlu ego setiap masa, ada masa tertentu itu kita tak perlu langsung merasa ego... Jadi matang dalam kepimpinan diri anda dan jangan sentiasa merasa diri anda betol k.. Satu jari anda tunding utk menunjukkan kesalahan kepada org lain, empat jari anda tunding kpda diri sdri.. Allahualam..

Sekadar ingin berkongsi... Jangan ada yg berkecil hati... Yang baik dtg drpd Allah, yg buruk dtg drpd diri sy dri... Sekian...

Beramallah selagi berkesampatan... "(^.^)"

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 28 Januari 2011, sebuah Majlis Makan Malam Amal telah berlangsung bagi meraikan anak2 yatim dari Rumah Gemilang (sepatutnya turut meraikan warga emas, tapi timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan).. Turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Fida (kenal x?) {ayat skema masa nie..}

Tapi bukannya nak citer pasal majlis makan malam amal tu...ingt lg ayat pengarah program masa tu "Hidup ini ibarat putaran roda. Kdg-kala kita di atas, kdg-kala kita berada di bawah. Hari ini kita senang, siapa tahu esok kita akan susah. Hari ini kita tolong orang, mana tahu esok giliran orang pula tolong kita.." Manusia nie aneh...nak buat amal bukannya ikt masa, tempat dan hari..Tapi kita tengok org2 yang nak buat amal kt bdan2 kebajikan biasanya buat masa hari raya atau musim2 perayaan...Bukankah Allah dan rasulNya menganjurkan umat2Nya agar membuat kebaikan dan kebajikan setiap masa dan bukannya hanya masa2 tertentu.. Kalau kita hanya membuat kebaikan sekali-sekala, maka tak hairanlah kalau Allah memberi pahala kepada umatNya sekali-sekala.. Baru adil! Yang paling penting, membuat kebajikan tu haruslah ikhlas, barulah pahala berlipat-ganda...Pada zaman sekarang, bukan senang nak cari manusia yg betul2 ikhlas nak beramal dan bersedekah... Kalu manusia2 kecil spt kami ini yg diharapkan membantu mereka yg memerlukan, berapa sgtlah bantuan yg mampu kami hulurkan...Apa kata sedekahkan sedikit harta2 yg anda miliki itu kpda mereka yg mengharapkan..Tafsirnya: "Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al-Baqarah : 272) Allahualam... Jadi, x nak komen pjg2, siapa yang makan cili, dialah yang terasa bohnya...

Pape pon, time kasih kpd sume pihak yg telah banyak membantu menjayakan Majlis Makan Malam Amal sama ada secara langsung dan x langsung..Paling penting, time kasih kpd sume jawatankuasa yg bersusah-payah menjayakan program ini.. Insyaallah, akan lebih banyak program2 kebajikan dan khidmat masyarakat akan dijalankan.. Diharapkan lebih ramai pihak yang berminat untuk membantu.. Hulurkan tangan, ringankan beban... 

A meaningful song for me & ????

Sometimes it's wrong to walk away, though you think it's over
Knowing there's so much more to say
Suddenly the moment's gone
And all your dreams are upside down
And you just wanna to change the way the world goes round
Tell me...

Have you ever loved and lost somebody
Wished there was a chance to say I'm sorry?
Can't you see, that's the way I feel about you and me baby
Have you ever felt your heart was breaking
Looking down the road you should be taking?
I should know, 'cos I loved and lost the day I let you go

Can't help but think that this is wrong, we should be together
Back in your arms where I belong
Now I finally realized
It was forever that I found
I'd give it all to change the way the world goes round
Tell me...

Have you ever loved and lost somebody
Wished there was a chance to say I'm sorry?
Can't you see, that's the way I feel about you and me baby
Have you ever felt your heart was breaking
Looking down the road you should be taking?
I should know, 'cos I loved and lost the day I let you go

I really wanna hear you say that you know just how it feels
To have it all and let it slip away, can't you see
Even thought the moment's gone I'm still holding on somehow
Wishing I could change the way the world goes round
Tell me...

Have you ever loved and lost somebody
Wished there was a chance to say I'm sorry?
Can't you see, that's the way I feel about you and me baby
Have you ever felt your heart was breaking
Looking down the road you should be taking?
I should know, 'cos I loved and lost the day I let...
Yes I loved and lost the day I let...
Yes I loved and lost the day I let you go


Apa sudah jadi????

Kalau tengok kt 'title' dia, mcm saspen je kn..."Apa sudah jadi?" Apa yang terjadi & apa yang menjadi???" Persoalan yang bakal terungkai sebentar lagi bersama edisi siasat versi sendirian berhad...

Sebenarnya, xde mende pon psal "apa sudah jadi?" nie...pokok pangkal citer nie sbnrnya psl beberapa rentetan kes "perhubungan" jer...Tapi, bukan hubungan terlarang MAHUPUN hubungan di luar tabii..hehehe...please clean up @ wash your brain before you want to jump to the conclusion based on this topic... =)

Kes 1: Ade 2 org pasangan (sudah pastinya, seekor kumbang & sekuntum bunga..bukan dua ekor kumbang...yg tu dh kes lain plak!). Alkisahnya, masing2 x declare pape pn psl sejauh manakah hubungan diorg nie, jadi suke hati korg lah nk mengklasifikasikan hubungan diorang nie sbg hubungan sulit ke, hubungan kekasih gulap gulita ke (p/s: wahai, si kumbang! klu terbaca, jgn amik ati ye klu sebut psl 'gelap-gelita' nie) atau hubungan suami-isteri ke atau ape2 pun...Dipendekkan cerita, si kawan pada si kumbang telah 'terbagi' nombor telefon si bunga pada kumbang lain...jadi, bila si kumbang dapat tau..hurm..dan2 masa tu si kumbang anto sms kpda kawan dia yg bg nombor td gtau yg dia kecik ati la, hmpir brgaduh ngan si bunga la, hape la, mcm2 lg...hish2...Apa sudah jadi??? jd, mls nk citer pjg2...korg pon dh pjg akal nk pkir...ksimpulannya mcm nie la, klu btol si bunge dh brminat @ syok kt korg sbg si kumbang, x yah la nk risau klu nombor si bunga tu msj @ sembang ngan org lain walupon masing2 x declare pape...klu btol dh jodoh, x kn ke mana...tp mgkin btol la kawan si kumbang tu x mntak kebenaran utk bg nombor si bunga kt org lain, tp atas urusan kerja je bai..think positive, be professional! kdg2 manusia nie lebih banyak ikut nafsu perasaan dalam buat keputusan drpd guna kewarasan fikiran...jgn hanya disebabkan sebuah kisah percintaan yang belum tentu titik nokhtahnya, sebuah persahabatan dua sekawan menjadi korban...Pertemuan, perpisahan, ajal maut..sumenye di tgn Tuhan..Allahualam..

Kes 2: Masih berkisar psl perhubungan gak...Dua org adik beradik angkat dh lama jd angkat berangkat nie...dh masuk 3 taon...si abang memang selalu la 'keep in touch' ngan adik dia nie, itupn utk bertanya khabar & nk tau prkmbangan kan...tapi, si adik...hurm...ade la kdg2, itupn klu dicari baru nk contact...nah~dijadikan cerita, hujung taon lepas, si adik nie dh berkenalan ngan 'kekasih' dia...x kisahlah dia dh ada abang agkat baru ke, awek baru ke, mende yg baru ke, x kisah pon...x contact tu 1 hal, yang hal lain pulak nie siap suh si abang supaya jgn ganggu dia lg sbb 'kekasih' dia marah...pergh~mendidih gak ati...yela, mane x nya...si abang layan dia mcm adik sdri, dia lak wat si abang mcm tuh..ish3...hanya kerana 'kekasih', hubungan silaturahim yg ikhlas dh lama terbina hancur mcm tu jer...(patutla klu call asyik x agkt, msj x brjwb)...Apa sudah jadi??? rp2nya 'kekasih' marah...hehehe (klako lak bile pk)..cmnie r, gua pesan kt 'kekasih' dia tu, kalau lu betol2 dewasa, belajo jd matang...lu 2 orang blom tntu kawen lg pon...nk jd ala2 'queen control' la tuh...amende r...

Kes 3: kisah rumit, tp bese berlaku...pompuan yg x phm2 bahasa yang asyik ganggu si lelaki...(yg nie biar simpan je dlu)..buat sakit kepala kalu nk citer...Apa sudah jadi???

So, moral of the story....Sebuah percintaan lahir drpd sebuah persahabatan...Cinta itu universal & bukn hnya terikat antara lelaki & perempuan..cinta itu berkisar mengenai hubungan lelaki dgn lelaki & perempuan dgn perempuan (jgn salah tafsir. sucikan pale hotak korg dlu)..Jgn hancurkan persahabatan hanya disebabkan percintaan..Ikhlaskan bersahabat, ikhlaskan bercinta...Insyaallah akan diredhai & dirahmati Allah...Jgn terlalu yakin bahawa cinta anda sekarang adalah jodoh ketentuan Allah untuk masa depan..Allah itu maha berkuasa & maha mengkehendaki...Allah berhak mengubah mengikut kemahuanNya..Hargai hari ini untuk anda manfaatkan hari mendatang..Siap bg khutbah lg.. =)



Terciptanya sebuah ruangan luahan rasa

Selamat pagi semua...

Tepat jam 1.00 pagi, blogku siap...

Akhirnya, ku bulatkan nekad untuk mencipta sebuah ruangan untuk kuluahkan rasa, berkongsi cerita, bertukar idea & mungkin...untuk mengumpat (sekali-sekala)...hehehe... Mungkin disebabkan aku kebosanan, kesunyian, kesepian, ke'boring'an & macam2 ke-an lagilah ('kegersangan'???? ahahah...tidak3!), maka tercetuslah niatku untuk membuat blog nie...ye lah, kawan utk selalu borak & tempat meluahkan rasa dah balik umah.... takkan nak sembang ngan meja, buku, kerusi atau almari kot... =(

Bukan sebab tu jer, tapi rasa mcm jeles jer tgok org laen ade blog sdri kn...heheh..So, drpd terus mejeleskan diri, baek buat blog nie...senang2 citer je kt dlm nie....x yah susah2 cari org nk sembang kann... =)

Hurmmm...malas nk menaip lak, nanti klu rajin bru citer lebih banyak lg k...hehe...byk citer nk gtau nie..hehehe.. (^.^)