Sunday, March 20, 2011

4 April Around Da' Corner

Apa ada pada 4 April nie? ha~ nie yg nk gtau kt korang nie semua... hehe =)

Pada 4hb April nie, byk tercatatnya sejarah2 dunia spt. Faisal II menjadi Raja di Iraq pd tahun 1939, pastu ade gak Hari Kemerdekaan Senegal pd tahun 1960 dan Presiden Pakistan Zulfikar Ali Bhutto telah didakwa pada tahun 1979 (sbnrnya aku pun x kenal diorg nie sape & x penah amik tau pon sejarah dunia nie) Nak lebih tau, goggle jer k.. x pon search kt wikipedia.. haha LOL

Kalau korang nak tau gak, 4hb April nie pon melahirkan rmai ilmuwan, tokoh2 sejarah dsb. Contohnya Joseph-Nicolas Delisle, Remy de Gourmont dan ntah sape2 lg.. hehe

Tapi yang paling penting pd 4hb April ini ialah hari kelahirannya seorang hamba Allah yang segak bergaya, comel dan hensem (perasan lebih.. lalala~), maka akulah orangnya.. hehe

Hurm~ Sepanjang sambut besday aku nie, mcm2 dh buat.. Smbut kt hotel, smbut kt umah, smbut kt kolej kt uitm (smbutan paling diingati sekali pd usia 18 taon, apabila dibelasah oleh kwn2.. haha.. siap sumbat tong smpah kt kepala lg.. mcm sh**l jer.. haha..adoyaii), sambut ngan kwn2.. Tapi ntahla smbutan besday yg cmner lg aku nak ek.. Mgkin nk kne wat mcm pesta ke, karnival ke.. hehe.. Melampau sgt..

Kdg2 ade je yg tnye apa aku nak hadiah kn.. Mcm best jer klu dpt minta kereta ke, motor ke, ape ke kn yg lebih mewah dan mahal (tp cuma angan2 jer la).. hehe.. Tp mcm sume aku dh ade kecuali moto dan kete.. hehe.. Cuma kalau nk bg tu, di sini ade beberapa panduan hadiah yg bleh bg kt aku.. hehe.. antaranya PS new edition, Hp xperia yg latest, pakaian brand padini (baju saiz M, seluar saiz 32) atau aksesori silver mcm cincin ke, rantai ke, gelang ke.. Atau yg paling cikai, blikan bju jubah saiz M (tringin nak pakai.. hehe).. Pape pon, yg paling pnting ialah KEIKHLASAN.. hehe.. Sekecil-kecil hadiah, klu ertinya besar. Sudah bagus...


Walau apa pun, Selamat Ulang Tahun ke tutt (rahsia..) buat diriku yang bakal menjelang tiba.. hehehe

Thursday, March 3, 2011

~Persimpangan Pilihan~

Ada yang berkata laluan hidup ini alurnya lurus,
Ada pula yang mengandaikan laluan itu penuh berliku.
Hakikatnya, setiba di penghujung...
Rintangan genting perlu ditempuh,
Dugaan getir perlu dirempuh.

Tiba di penghujung,
ada persimpangan yang menuntut kita membuat pilihan,
antara kebenaran atau penipuan,
antara kebaikan atau kejahatan,
antara kesahihan atau kebatilan,
antara percintaan atau persahabatan,
antara perasaan atau pengorbanan.

Dilema hadir mencengkam jiwa,
Kegusaran menerawang melanda minda,
Kekalutan mula menyesakkan dada...
Sang perasaan memporak-perandakan suasana,
Memberontak, menghentam, merungkaikan tanda tanya.
Antara dua...
sang persoalan perlu segera ketemu jawapannya.

Di pengakhirannya,
Perjalanan harus diteruskan,
Pilihan perlu ditetapkan.
Meskipun, kan ada air mata yang bercucuran,
Akan ada perasaan yang menjadi korban.
Hakikatnya, inilah pilihan.
kadang kala tak berperikemanusiaan...
tapi, pilihan tetap pilihan...

Maafkan aku...




Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDURRASUL KEPADA SEMUA


Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Suatu hari kau pasti meninggalkanku~

Pastinya kau sedari mengapa ku cuba menghindar darimu sejak kebelakangan ini.. 
Bukan niatku untuk berpaling darimu... 
Tapi ku pasti suatu hari nanti kau yang akan meninggalkanku, lantas melupakanku...
Membuangku dari lembaran sejarah hidupmu...

Daripada ku terus memperhambakan diri pada sebuah perhubungan bersamamu,
daripada ku terus mendambakan kebahagiaan berkekalan antara kita...
Biarkan ku mengundur diri~

Daripada hari ini hatiku terus bertemali berterusan menyimpan perasaan terhadapmu,
daripada hari esok, jiwaku bakal terseksa dengan perbuatanmu, 
Biarkan hubungan kita berakhir hari ini, detik ini, saat ini...

Kerna, kuyakin suatu hari nanti kau yang akan meninggalkanku..
daripada biarkan detik itu berlaku, izinkan aku untuk melepaskanmu
Mencipta angan cintamu yang sendiri,
membina mahligai bahagia yang kau ingini...

Tak apa, kalau kau mengkhianati kepercayaan yang ku serahkan padamu selama ini, 
Tetapi jangan kau pernah mendambakan kebahagiaan yang lebih dari sepatutnya kau miliki..
Ingatlah, tiada dendam yang kupaterikan sedetik ketika ini berlalu...

Potretkanlah kenangan kita bersama dalam bingkai kisah hidupmu,
Ingatlah bahawa suatu masa lalu kau pernah menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah silamku...
Mungkin lebih indah jika kita begini~


~Selamat Tinggal~

Saturday, February 12, 2011

Mula belajar memakan sayur-sayuran...

Salam sejahtera semua...

Setelah beberapa hari tidak berkongsi cerita, aku mula terfikir satu perkara utk dikongsi dan aku pun mula lah meng'google'.. hehehe... dan akhirnya, inilah perkara yg ingin aku kongsikan... 

KEBAIKAN SAYUR-SAYURAN

Jika diberi pilihan antara makan sayur dan minum jus sayur, pasti ramai memilih minuman kerana rasanya yang lebih enak selepas ‘diubah suai’ dengan mencampurkan sedikit gula atau perahan buah-buahan seperti limau.

Bukan mudah memujuk kanak-kanak untuk makan sayur. Lidah mereka seolah-olah sangat sensitif pada rasa sayur-sayuran. Ada kanak-kanak meluahkan makanan hanya kerana kehadiran cebisan kecil sayur yang dianggap sebagai ‘benda asing’.

Soal kanak-kanak tidak suka makan sayur adalah perkara biasa, tetapi perkara sama juga berlaku pada ramai orang dewasa.

Orang dewasa juga ada banyak kerenah apabila disuruh makan sayur. Ada yang merasakan kebanyakan sayur terasa pahit dan ada pula tidak makan sayur berdaun hijau tetapi tetap mahu ia dimasukkan ke dalam makanan (seperti sawi di dalam mee atau nasi goreng) sekadar untuk mendapat ‘rasanya’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini bersamaan dengan lima hidangan sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan.

Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser (secara keseluruhan) dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.

Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

Jika makan sayur itu payah, antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bekalan serat harian mencukupi ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan. Namun bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah mesti dalam had yang dibenarkan supaya tidak mengganggu kawalan paras gula darah kerana semua buah-buahan mengandungi gula semula jadi.

Untuk membantu meningkatkan pengambilan serat pada kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak suka makan sayur, anda boleh menyediakan jus buah (yang diproses seluruhnya tanpa diasingkan seratnya).

Beberapa kajian mendapati jus buah membantu melindungi daripada kanser melalui mekanisme pengurangan kerosakan oksidatif akibat tindakan radikal bebas.

Malah, ada kajian menunjukkan pengambilan jus buah mampu merendahkan risiko penyakit jantung dan Alzheimer. Untuk mendapatkan kesan perlindungan ini, kita perlu minum jus buah atau sayur yang 100 peratus asli iaitu sama seperti memakan sayur atau buah itu.

Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui jus asli daripada berpuluh jenama di pasaran? Menurut Timbalan Presiden merangkap perunding nutrisi PepsiCo International, Dr Dondeena Bradley, pilih jenama yang menawarkan 100 peratus jus buah; yang mungkin hanya ditambah sedikit air dan tidak mengandungi gula tambahan.

Katanya, sebelum membeli, baca labelnya dulu. Pastikan pada label tidak ditambah bahan lain kecuali jus buah itu sendiri, sedikit air (jika ada) dan kadangkala pengawet semula jadi.

Bagaimana hendak membezakan jus buah asli dengan lain-lain jus buah? Dalam soal ini, anda perlu lihat perkataan yang tertera pada botol, sama ada minuman jus (juice beverage) yang mengandungi 35 peratus jus buah atau minuman buah-buahan (fruit beverage) yang hanya mempunyai lima peratus jus buah.

“Jus buah tulen (100 peratus) adalah makanan tambahan terbaik yang mampu memenuhi keperluan badan harian. Komiti Penasihat Garis Panduan Pemakanan 2005 Amerika Syarikat mengatakan jus buah tulen membekalkan sesetengah vitamin dan garam galian yang lebih baik berbanding memakan buah itu sendiri. Malah, kadangkala cara pemprosesan jus buah juga boleh meningkatkan paras fitonutrien.

“Segelas jus buah (240 mililiter) membekalkan cukup vitamin C dan kalium (potassium) harian dan kaya dengan folat serta fitonutrien. Ia juga bersamaan dua hidangan sayur atau buah,” katanya sempena pelancaran Jus Oren 100 Peratus Tropicana.

Jus oren tulen mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan, terutama kandungan antioksidan, vitamin dan garam galian yang membantu badan melalui pelbagai cara iaitu:

# Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

# Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

# Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

# Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.

Manfaat jus oren tulen

> Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

> Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

> Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

> Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/02/kebaikan-sayur-sayuran.html#ixzz1DlHjrxvW



Nak sihat? Nak cantik? Nak kurus? Nak kulit yg cantik? Mulalah mkn sayur-sayuran k.. Aku yakin ramai org kt luar sana yg x menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran.. Pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia =)

Sunday, February 6, 2011

Rentetan Kehidupanku untuk Hari Ini

Selamat malam kepada semua pembacaku yg setia (ada ke pembaca??? hehe~)...
Sebenarnya, aku pun x tau nak tulis apa hari nie... eheheh.. Bukan apa, memandangkan mata ini agak berat untuk menempuh jam2 berikutnya, rasanya lebih molek kalau mata ini dilelapkan.. hehe.. Tapi, kerinduanku utk mencoretkan sesuatu di kamar blogku ini mendesak agar kugagahi jua utk terjaga.. Masalahnya, aku sdri pon xtau nk tulis apa...hehehe.. (kalu merepek boleh x? hehehe)

Hari ini.. Sepatutnya aku bakal menjalani perjalanan rutin harian yg serba kekosongan dan kesunyian.. Tapi, bagaimana aku bleh trgerak hati utk kluar bersiar-siar (walaupun dlm keterpaksaan, nanti ada org merajok lg..haish~).. Jadi lebih kurg jm10.30 pagi, kitorg sampai kt KFC (ade org nk blanja..so, aku pon on jer..hehe), pastu g main bowling... (gmbr lama tu bai..hehe.. gmbr td x smpat nk amik dr kamera kwn.. Sja sbg hiasan..) Pastu, g karaoke lak..hehehe... Pastu g usha2 lak movie, kot2 la ade yg best kn..hehehe... Teringin nak tengok Khurafat dan Haq.. Macam best jer kan.. Tapi x sempat daa... Nmpk gayanya, download je lar..adoyaiii... Terakhir sekali, g teman Syafiq bli barang2 dia.. Dia g bli alat2 tulis baii.. hehehe.. (mcm nk balik sekolah jer kn...hahaha)

Jadi, tu je la aktvt yg sempat aku buat hari nie.. Bese je kan.. Nie jg la aktvt yg aku sntsa buat stiap kali aku klua.. hehehe..

 Tapi cuti masih panjang g kot... Teringin lak nak g jln2 lg.. Gigih sgt walupon tengah pokai kn.. heheheh... Nk g mandi air panas kt Ulu Legong ngan mandi2 kt The Carnival... hehehe.. Dh g dh pon sblom2 nie.. Tapi rse nk g lak lg.. Insyaallah, hrp2 dpt g mggu nie.. hehehe.. Sape nk ikot, angkat kaki! Jom!



Aduhaii... Rasenye dh byk aku merepek dh nie.. hehehe.. Nak g tdo dh nie.. Esok masih banyak keje lg daa.. Adoyaii.. So, kwn2.. Selamat malam.. Selamat bermimpi manis! hehe (",)

p/s: Nanti klu teringat aku g upload lak pic2 hari nie punyer.. hehe =)

Saturday, February 5, 2011

Ayat-ayat Cinta - Berbisik kepada siapa?

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...


Aku sendiri terfikir apakah yang membuatkan aku mula meminati lagu ini separuh jiwaku.. Bait-bait lagunya sentiasa terngiang-ngiang di corong telingaku.. Sejak akhir-akhir ini, minatku terhadap lagu nie memang berbeza sekali... Melodinya, liriknya, (dan mungkin si penyanyinya...) sentiasa menari-nari menerawang mencari ruang untuk meresap masuk ke dalam ruang kotak fikiranku.. Dalam beberapa minggu ini, ke mana saja aku pergi pasti akan terdengar lagu ini (termasuklah persembahan Fida, persembahan oleh PBS waktu Karnival 3K dsb.).. "Ayat-ayat cinta" berbisik menyentuh jiwaku, mengetuk pintu hatiku, menyapa ke ruang mindaku... Apakah maksudnya? Aku sudah melihat filemnya dan aku juga telah membaca alkisah dalam novelnya (novel genre cinta pertama yang aku beli)... 


Dan, kebetulan.. seseorang yang pernah ku sayang turut meletakkan lagu ini di 'wall' facebooknya... Tapi ku pun kurang pasti dia tujukan kepada siapa... Allahualam.. Jadi, marilah kita hayati bait dan iramanya demi menzahirkan rasa cinta kita kepada keagungan Tuhan yang maha Esa dan Pencinta yang setia... Sesungguhnya cinta padaNya lah cinta yang hakiki dan benar2 diredhai...